Friday, December 17, 2010

Info JKKKP.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan atau singkatannya JKKKP ialah jawatan yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan Malaysia selepas 8 Mac 2008. Jawatankuasa ini bertindan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sedia ada yang ditadbir oleh kerajaan negeri. Ketua kampung menjadi pngerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kselamatan Kampung.
Biasanya setiap kali mesyuarat JKKK , penghulu akan turut hadir . Setiap JKKK akan dibayar elaun atau saguhati kerana hadir mesyuarat yang diadakan di balai raya atau dewan orang orang ramai. Ketua kampung juga biasanya menjadi pengerusi sesebuah surau atau masjid di setiap kampung.
Selepas pilihan raya Malaysia 2008 , parti Pakatan Rakyat berjaya menguasai 5 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Oleh yang demikian pentadbiran peringkat kampung yang diuruskan oleh JKKK kini dibawah seliaan dan pentadbiran kerajaan negeri.
Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib selaku Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah telah meneliti peruntukan undang-undang sedia ada dan menubuhkan JKKKP agar kerajaan persekutuan dapat menyalurkan bantuan kewangan terus tanpa melalui JKKK . Kerajaan persekutuan enggan menyalurkan bantuan melalui kerajaan negeri yang diuruskan pembangkang kerana bimbang akan disalahgunakan.

No comments:

Post a Comment